Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) di Thailand

Rasuah telah menjadi punca utama kegagalan menjayakan perniagaan di Thailan dan penghalang utama dalam memajukan pembangunan negara. Berdasarkan Kajiaan Jenayah Ekonomi Dunia 2014 oleh PwC, rasuah dan korupsi adalah sangat ketara di Thailand (39%) berbanding Asia Pasifik (30%) dan seleruh dunia (27%). Kerajaan Thai sudah menangani issu ini dengan menetapkan undang-undang anti-korupsi pada 1999, yang dipanggil Organic on Counter Corruption B.E. 2542 (OACC).

Walaubagaimanapun, pada masa itu, OACC hanya termaktub kepada pegawai kerajaan Thai, sementara sejumlah kes rasuah tidak dapat dinafikan turut melibatkan pihak swasta. Oleh itu, kerajaan Thai telah meminda akta tersebut pada 2015 menjadikanny OACC (No. 3) B.E 2558 (2015). Dibawah akta yang dipinda, sesebuah entiti yang sah, seperti syarikat boleh disabitkan dengan rasuh sekiranya seseorang yang berkaitan adalah pemberi rasuah yang benar, sekiranya tindakan rasuah tersebut terikat dengan keuntungan entiti tersebut, dan sekiranya entiti tersebut gagal melaksanakan ABMS sebagai tindakan balas dalaman.

Berdasaran undang-undang, mereka yang berkaitan termasuk wakil, anak syarikat, pekerja, ajen atau sesiapa yang melakukan bagi pihak entiti Thai atau asing. Perusahaan akan bertangungjawab keatas risiko jenayah walaupon seseorang yang berkaitan melakukannya tanpa persetujuan pihak perusahaan. Sesebuah perusahaan hanya boleh mendapatkan pembelaan affirmative keatas dakwaan rasuah sekiranya ia dapat membuktikan ABMS yang sewajarnya telah diimplikasikan. Untuk mematuhi undang-undang tersebut, sesebuah perusahaan yang beroperasi di Thailand seharusnya melaksanakan ABMS dan menjelaskan dengan jelas mengenai polisi anti-rasuah kepada mereka yang berkenaan.

Integriti bersedia untuk membantu dalam menyediakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah anda. Integriti juga aan memberikan sokongan dalam mematuhi standad Sistem Pengurusan Anti-Rasuah.