Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) di Indonesia

Dalam sebuah negara yang mempunyai budaya keakraban yang kuat seperti Indonesia, kadang-kadang agak sukar untuk kita membezakan antara rasuah dan hadiah apabila seseorang ingin berikan kepada rakan mereka. Jika kita menolak rasuah apabila pemberi mengatakan ianya hanya sebagai hadiah, kita akan dilabel sebagai seorang yang tidak beradab dan tidak berbudaya. Oleh itu, kita perlukan definisi, peraturan dan batasan yang jelas untuk mengelak situasi seperti itu.

Tambahan pula, beberapa sektor di Indonesia telah menetapkan garis panduan untuk ABMS sebagai standard liabiliti syarikat. Ia bermula apabila Presiden Joko Widodo menetapkan Instruksi Presiden (INPRES) No 10 tahun 2016 mengenai pencegahan dan penghapusan menentang korupsi. Sejurus selepas itu, Badan Standardisasi Indonesia (BSN) menyerap ISO 37001:2016 dan menjadikan SNI ISO 37001:2016.

Dalam sesetengah sektor, terutamanya yangpenting seperti minyak, gas, kesihatan, dll, SNI ISO 37001:2016 telah menjadi keutaam yang dipinta oleh pihak kerajaan untuk semua pihak swasta yang ingin memasuki tender kerajaan.

ABMS sebagai liabiliti standard korporat juga berkait dengan PERMA No. 13 Tahun 2016 menegenai prosedur untuk menangani kes-kes jenayah berkaitan korporat. Artikel 4 dalam peraturan tersebut menerangkan sekurang-kurangnya tiga perkara dimana sesebuah perusahaan boleh disabitkan dalam melakukan jenayah

  1. Perusahaan tersebut mendapat keuntungan/kelebihan dari tindakan jenayah atau tindakan jenayah tersebut dilakukan untuk kepentingan perusahaan
  2. Perusahaan membenarkan kesalahan jenayah berlaku
  3. Perusahaan tersebut tidak mengambil langkah-langkah untuk menghalang kegiatan jenayah, atau menghalang dari menjadi lebih teruk, atau memastikan kepatuhan kepada syarat sah untuk menghalang kejadian jenayah daripada terjadi

Dalam erti kata lain, ketiadaan ABMS boleh dianggap sebagai tindakan yang kurang bijak. Oleh itu, sesebuah perusahaan boleh disabitkan melakukan kesalahan jika ia berdepan degan kes-kes jenayah sementara ABMS tidak diaplikasikan sebagai liabiliti standard.

Untuk mematuhi SNI ISO 37001:2016 dan PERMA No. 13 Tahun 2016, Integriti bersedia untuk membatu anda dalam menyediakan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS). Integriti juga akan menyediakan bantuan untuk melaksanakan standard SNI ISO 37001:2016.