Dilancarkan pada 2016, ISO 37001 juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Anti Rasuah diwujudkan untuk menubuhkan rangka kerja koperat untuk mencegah, mengesan dan menyiasat kes-kes berkaitan rasuah dan korupsi.
Rasuah merupakan suatu fenomena yang tersebar luas. Ia telah medapat perhatian yang serius dalam sosial, moral, ekonomi dan politik, melemahkan pemerintahan yang baik, menghalang pembangunan dan memanipulasi persaingan. Ia menghancurkan keadilan, melemahkan hak asasi manusia dan penghadang untuk membasmi kemiskinan. Tambahan pula, rasuah juga menahkan kos sesuatu perniagaan, memperkenalkan ketidakpastian dalam transaksi perdagagan, meningkatkan kos barang dan perkhidmatan, dan mengurangkan kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan, dimana ia akan membawa kepada kehilangan nyawa dan harta, meruntuhkan kepercayaan terhadap sesuatu institusi, dan mengaggu keadilan dan kecekapan operasi pasaran.
Kerajaan telah membuat kemajuan dalam menangani rasuah melalui persetujuan antarabangsa seperti Persidangan Bagi Memerangi Rasuah Pegawai-Pegawai Awam Asing Dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan juga Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang korupsi dan melalui undang-undang negara masing-masing. Dalam kebanyakan perundangan, merupakan suatu kesalahan bg seorang individu terlibat dalam rasuah, dan juga terdapat trend yang berkembang yang menjadikan sebuah organisasi berserta individu bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menangani masalah ini. Organisasi seharusnya bertanggungjawab menyumbang secara proaktif dalam menangani rasuah. Ini dapat dilaksanakan dengan sistem pengurusan anti rasuah, dimana dokumen ini di cuba untuk menerangkan dan melalui kerjasama ketua-ketua dalam mewujudkan budaya integriti, telus, terbuka dan patuh. Sifat budaya sesebuah organisasi sangat penting dalam kejayaan atau kegagalan sistem pengurusan anti rasuah.
Organisasi yang diurus dengan baik seharusnya mempunyai polisi yang disokong oleh sistem pengurusan yang bersesuaian untuk membantu dalam mematuhi kewajipan undang-undang dan tanggungjawab terhadap integriti. Polisi anti-rasuah adalah komponen dalam keseluruhan polisi yang disokong. Polisi anti-rasuah dan sistem pengurusan sokongan dapat membantu sesebuah organisasi untuk mengelak atau mengurangkan kos, risiko dan kerosakan akibat penglibatan dalam rasuah, di samping mempromosi kepercayaan dan keyakinan dalam urus niaga perniagaan dan meningkatkan reputasi.